Sunday, 20 January 2013

Rahsia Kekal Sihat Tun Mahathir Di Usia Emas

Assalammualaikum & hai people!!

Siapa yang tidak kenal dengan bekas perdana menteri Malaysia ke-4, Tun Mahathir Mohamad. Kini beliau meniti jusia emas, 86 tahun namun masih cergas dan cerdas. Menghampiri usia 90 tahun, Tun Mahathir masih mampu memberi pandangan yang bernas terhadap sesuatu isu. 



Jom ikuti rahsia beliau.

1. Tidak menghisap rokok

Kita pun dah sedia maklum bahawa merokok membahayakan kesihatan. Malah pada kotak rokok pun ada tulisan seumpamanya. Jauhilah rokok demi sebuah kesihatan.

2. Tidak minum arak

Sebagai umat Islam, arak adalah minuman yang diharamkan. Banyak kerosakan yang boleh berlaku hanya sebab meminum arak. Ingat kisah seorang ulama yang ditawarkan 3 benda: arak, zina atau membunuh. Beliau memilih arak atas sebab dosa paling ringan (dosa tetap dosa tak kira ringan ke berat ke). Akhirnya selepas minum arak, beliau mabuk, melakukan zina dan membunuh perempuan tersebut.

3. Makan secara sederhana

Sunnah Nabi menyuruh kita makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang (tapi biasanya kita makan sebelum makan, berhenti bila dah tak muat nak sumbat :p).
Sederhana dalam pemakanan menjaga perut dan badan. Yang penting, sumbernya mestilah halal.

4. Mengambil vitamin

Sebagai seorang yang sibuk dan hidup ke sana-ke mari, pengambilan vitamin membantu kita mengawal stress, memberi tenaga, menguatkan minda dan kesihatan badan secara amnya. Vitamin bukanlah ubat yang patut diambil bila perlu sahaja. Ia adalah tambahan kepada nutrient harian dalam makanan kita dan sebagai antioksidan.
Mengambil vitamin semasa sudah sakit kadangkala tidak seperti cuba menampal lubang pada paip yang bocor tanpa menutup punca air tersebut. Pengambilan vitamin yang konsisten umpama menjaga paip tersebut dari sebarang kemungkinan untuk bocor.
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

5. Tidur yang cukup

Tubuh kita umpama sebuah mesin yang tak henti2 membuat kerja. Adalah penting untuk memberi ‘mesin ini’ waktu untuk berehat dan membaikpulih komponennya.
Katan Tun Mahathir, amalan2 di atas sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko penyakit kronik, namun penyakit ini kurniaan Tuhan. Tapi kita berusaha untuk menjaga kesihatan kita.



with lots of LOVE,
Ikasyafiqah Muhamad ♥

No comments:

Post a Comment