Sunday 20 January 2013

Kenapa kita perlukan vitamin?

Assalammualaikum & hai semua.

hari ni nak share sikit info kepentingan vitamin dalam diet seharian kita.

persoalan yang selalu ada di fikiran kita. seperti di bawah ni:

 “Kenapa pulak saya perlu makan vitamin?”
“Tak cukupkah dengan apa yang saya makan sehari-hari?”
“Sehari sampai  5 kali makan takkan tak cukup-cukup lagi zat makanan?”




Keperluan Vitamin dalam Diet Seharian


sedarkah anda?? kita sering terdedah kepada banyak perkara yang menggangu keperluan vitamin dalam makanan seharian kita. jom teruskan pembacaan.. 

5 sebab utama & 1 ancaman terbesar

1. Pencemaran

Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya. Ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan!

2. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat = Stress

Punca STRESS ada banyak. contohnya :

Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS
 
Tahukah anda bila kita STRESS akan membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE.  

Jadi disebabkan itulah tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.

okay bila dah stress bekerja seharian. mana taknya dengan 8 pagi-5 petang. dengan jammed lagi pasti malam baru sampai rumah kan. bilanya nak dinner so nak tak nak malam lepas sampai rumah baru dinner kan. 

kesannya bila dinner lewat malam:

Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI

Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan. jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

3. Makanan tak berkhasiat

Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut. Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.

4. Cara masak

Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.

5. Pengambilan ubat berlebihan

dan yang paling penting!! Ancaman terbesar kita adalah PENUAAN SELULAR



Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat.




with lots of LOVE,
Ikasyafiqah Muhamad


No comments:

Post a Comment