Sunday 21 October 2012

Kulit Kusam & cara kembalikan seri wajah di awal usia

Assalammualaikum wbt & hai semua.

Penjagaan wajah hendaklah dimulakan di awal usia ye. Jangan tunggu kulit dah bermasalah baru nak cari jalan penyelesaian. Masa tu dah sukar sikit caranya nak pulih dan mengambil masa juga ye. Sebagai contoh kulit muka yang berjerawat dan berparut mesti di atasi dengan cegah di peringkat awal. Sebabnya parut ni susah nak hilang dan ambil masa yang lama sikit tau untuk kelihatan cantik dan kulit licin gebu. Tapi terlambat takpe asalkan better late than never kan. cuma anda perlu konsisten untuk baiki dan pulihkan kulit kembali kepada normal.


Seri wajah bukan bersandar pada warna kulit seseorang. Sama ada kita dilahirkan berkulit cerah atau sawo matang, seri itu terserlah apabila wajah kita bebas dari masalah kusam dan bernoda. Kulit kusam disebabkan oleh banyak faktor. Kehadiran sel-sel baru yang terhalang oleh timbunan sel-sel mati akan membuatkan kulit tampak gelap dan tidak sekata. Sel-sel yang bercampur ini membantutkan pertumbuhan sel-sel baru, menjadikan ia lambat berkembang. Akibatnya pelbagai masalah lain muncul seperti bintik putih/hitam (white/black heads), jerawat dan jeragat/pigmentasi.

menurut majalah RAPI - "kulit kusam berlaku apabila timbunan sel mati berada dipermukaan kulit.jika timbunan tersebut dibiarkan berkumpul sekian lama akan menyebabkn warna kulit hilang seri dan nampak kusam. Masalah ini meningkt dgn usia yg bertambah. Faktor seperti kerosakn kulit akibat sinaran matahari,pencemaran, nutrisi pemakanan tak seimbang,rokok,alkohol,genetik juga memainkn peranan dalam menyebabkan kulit kusam".

So bagaimana untuk atasi masalah kulit kusam yang menghalang seri wajah ni?

Kaedah yang selamat, efektif dan mudah melalui penjagaan dalaman kita melalui nutrisi yang kita ambil sehari. Pernah dengar kan apa yang kita makan akan mempengaruhi kesihatan kulit kita. Kita perlulah mengambil nutrisi yang secukupnya bagi mengelakkan kesan yang tidak baik pada kulit wajah kita terutamanya. 

Pengambilan supplemen seperti Vitamin E, Vitamin C dan juga B Complex boleh menghasilkan kulit yang cantik, sihat, lembap, anjal dan sentiasa berseri. siapa yang tak nak kan kulit seperti ni. Dengan pengambilan ketiga-tiga vitamin ni akan memberi kesan segera seawal 7 hari. Ianya bukan sahaja memberi kebaikan dari segi kecantikan malah untuk kesihatan sekaligus. 


Selain itu, banyak lagi caranya antaranya:
1. Pengambilan air yang cukup dalam sehari sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ianya membantu melembapkan dan melembutkan kulit dan akan kelihatan berseri selalu.
2. Penggunaan skincare produk yang asli diperbuat dari bahan semulajadi tu penting sangat ye. Pentingnya tiga langkah penjagaan kulit wajah iaitu: pembersih muka, refresher dan pelembap. Rutin asas untuk penjagaan kulit jangan sekali diabaikan ye. 

okay cukup la tips untuk atasi kulit kusam untuk kali ni ye. jumpa di next entry ye.

stay tuned!

#untuk pesanan set vitamin seperti di atas boleh place order thru order form di bawah atau email saya ye.

thank you.

with love,
Nur Syafiqah Muhamad

No comments:

Post a Comment