Saturday 20 October 2012

Kepentingan minum air yang cukup sehari

Assalammualaikum wbt & hai semua.

hari ni saya nak kongsi 5 sebab-sebab yang penting kenapa perlu kita minum air secukupnya. kita dinasihatkan oleh pakar kesihatan untuk minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau 2 liter air seharian. mesti ada di antara anda yang rasa banyak nya nak kena minum sampai 2 liter sehari kan. sebenarnya 2 liter tu tak banyak mana jika kita pandai membahagikannya. nak cantik dan sihat tak?? so kalau nak cantik dan sentiasa sihat kena la berkorban sikit kan untuk minum air kan. yang penting minum plain water ye jangan pulak ada yang minum air bergas pulak ye. hehe

okay jom baca info bawah ni tentang betapa pentingnya air untuk tubuh badan kita. 


1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK

Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2. MENGUMPULKAN NUTRISI


Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK

Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

5. MENGHINDARI BATU KARANG

Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.

okay dah habis baca kan tentang info penting kat atas ni kan. so jangan ada lagi rasa malas nak minum air ye. nak sihat dan cantik kena la rajin-rajin minum air ye.

tips untuk minum air akan dikongsi next entry ye. stay tuned.

thank you for reading.

# info credit to mamafaiz.com

No comments:

Post a Comment