Assalammualaikum & hai semua.
hari ni nak share sikit info kepentingan vitamin dalam diet seharian kita.
persoalan yang selalu ada di fikiran kita. seperti di bawah ni:
“Kenapa pulak saya perlu makan vitamin?”
“Tak cukupkah dengan apa yang saya makan sehari-hari?”
“Sehari sampai 5 kali makan takkan tak cukup-cukup lagi zat makanan?”
![]() |
Keperluan Vitamin dalam Diet Seharian |
sedarkah anda?? kita sering terdedah kepada banyak perkara yang menggangu keperluan vitamin dalam makanan seharian kita. jom teruskan pembacaan..
5 sebab utama &
1 ancaman terbesar
1. Pencemaran
Dari saat anda
menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah
anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta
anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya. Ia mengandungi karsinogen, sejenis
bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser. Bagaimana pula dengan Cat
rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan!
2. Mengamalkan gaya
hidup tidak sihat = Stress
Punca STRESS ada banyak. contohnya :
Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS
Tahukah anda bila kita STRESS akan membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan
Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE.
Jadi disebabkan itulah
tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh
terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
okay bila dah stress bekerja seharian. mana taknya dengan 8 pagi-5 petang. dengan jammed lagi pasti malam baru sampai rumah kan. bilanya nak dinner so nak tak nak malam lepas sampai rumah baru dinner kan.
kesannya bila dinner lewat malam:
Makan lewat malam =
pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI
Dan rutin harian
inilah yang terus dan terus anda lakukan. jadi tidak hairanlah penyakit High
BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih
muda.
3. Makanan tak
berkhasiat
Makanan segera
yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan
terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut. Pemprosesan makanan yang
bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan
nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
4. Cara masak
Memasak terlalu
lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C
dan E.
5. Pengambilan ubat
berlebihan
dan yang paling
penting!! Ancaman terbesar kita adalah PENUAAN SELULAR.
Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan
ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang
sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan
kelihatan hebat.
with lots of LOVE,
Ikasyafiqah Muhamad ♥
No comments:
Post a Comment