Assalammualaikum dear readers.
Saya nak share serba sedikit pengalaman saya semasa di Jepun tempoh hari. Kita throwback sikit na. Pengembaraan di Bumi Matahari Terbit ini sangat mengujakan & pengalaman yang sangat manis untuk saya sematkan dalam diari kehidupan saya.
Kisah pengembaraan saya bermula dari Tokyo > Kyoto > Osaka. Pengembaraan saya ini selama 8 hari dengan penerbangan Air Asia X dari Malaysia.
Saya dari Malaysia bertiga. Flite kami petang & sampai di Haneda Tokyo pukul 10 malam waktu Jepun. The best experience adalah masa bermalam di airport. Sebabnya sampai dah malam, kami tak sempat catch train sebabnya perkhidmatan train dah tutup masa ini. So kami decide untuk bermalam di Haneda Airport sesampainya di Jepun. Eh bukan kami je tau tidur di ruang legar airport tu, ramai tourists tau yang buat camtu. hihi. Ni antara pengalaman tidur di airport yang sentiasa dikawal oleh pengawal/polis di sana. So dont worry tentang keselamatan insyaAllah selamat & sentiasa doa supaya sentiasa di bawah lindunganNya.
Bab nak solat sangat mudah masa di airport ni. Mereka ada sediakan prayer room yang sangat selesa tau.
![]() |
Ruang Legar di Arrival Hall Haneda Airport Tokyo |
Ruang Legar Arrival Hall - masa ini dah pagi kami sedang menunggu kawan |
![]() |
Prayer room di Airport Haneda Tokyo |
![]() |
Tempat Ambil Wudhu di Prayer room |
![]() |
Toilet yang super bersih (tak sah kalau takda gambar toilet masa travel pergi Jepun kan :p) |
Pengembaraan kami bermula di sini. gittew kan. hehe
![]() |
Keesokan harinya, kami menunggu kawan kami yang berada di Jepun untuk ambil kami di airport. Seawal pagi, orang Jepun ni dah berduyun-duyun untuk pergi kerja & mulakan aktiviti harian mereka ini. Kagum. Sebelum mulakan pengembaraan kami, kawan kami yang baik itu sediakan breakfast yang sangat sihat untuk kami ni.
okay dah kenyang, perkara pertama yang kami buat adalah check in hotel dulu. Kami pilih Hotel Best masa di Tokyo sebab hotel ini berdekatan dengan train station & sangat mudah untuk access.
dan selepas siap check in & tinggalkan beg, kami zasss terus start pengembaraan. Ni gambar kedai2 masa otw ke train station. Memang berderet kedai camni kat situ. Rambang mata.
Nah lepas ni kita tepek gambar je la eh. Korang tengok sendiri keunikan Jepun ni.
Stay tune for next entry.
Happy reading!